Pages

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Wednesday 19 March 2014

Bini Kurt Cobain Turut Berusaha Cari MH370

type='html'>


PETALING JAYA: Balu vokalis dan gitaris kumpulan Nirvana, Kurt Cobain iaitu Courtney Love menerusi laman tweeternya mendakwa menemui kesan minyak yang dipercayai milik pesawat MH370.

Pemuzik terkenal Amerika Syarikat itu juga turut membuktikan teorinya dengan gambar di perairan yang didakwa mempunyai kesan minyak.



Courtney menerusi tweeternya pula berkata, really? (benar) look closer? (pandang lebih dekat)  check it out (periksanya) @DR24 #MH370  and its like a mile away Pulau Perak, where they "last" tracked it (ia kelihatan beberapa batu dari Pulau Perak di mana kali terakhir dikesan).

Pada status Facebook Courtney pula tertulis "Saya tidak pakar tetapi dengan pandangan dekat ianya kelihatan seperti pesawat dan minyak."

"Berdoalah kepada keluarga #MH370 dan lokasi itu kelihatan beberapa batu dari Pulau perak, tempat di mana kali terakhir dikesan 5°39’08.5?N 98°50’38.0?E," katanya bagi memberi sokongan kepada usaha mengesan penerbangan MH370.





Courtney mendakwa gambar tersebut telah diambil menerusi satelit pada 12 Mac lalu.

Laporan berita antarabangsa mengenai status Courtney pula menceritakan bahawa misteri kehilangan MH370 bukan sahaja membingungkan rakyat Malaysia dan China tetapi masyarakat seluruh dunia.

Pihak berkuasa Malaysia kini masih mengesan misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

MH370: Polis nafi ada pergerakan tentera Amerika Syarikat di negara ini

type='html'>KUALA LUMPUR: Polis Di raja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS).



Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.





Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.

PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Mungkinkah MH370 berada di belakang pesawat Singapura menuju utara?

type='html'>Teori mengatakan pesawat MH370 mungkin mengikuti secara rapat pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Barcelona tanpa berjaya dikesan oleh radar muncul di internet selepas 10 hari operasi misi mencari dan menyelamat antarabangsa diadakan.

Teori ini konsisten dengan laluan pesawat sepanjang laluan yang berakhir di Laut Kaspia di utara dan selatan Lautan Hindi di selatan, ia sedang dicari oleh sekurang-kurangnya 26 negara.

Juruterbang dihubungi oleh The Malaysian Insider mempunyai teori sama mengatakan sesiapa sahaja yang mengawal Boeing 777-200ER yang masih hilang itu boleh memadamkan semua lampu pesawat dan terbang sepanjang malam untuk mengelakkan hubungan visual.



“Sebaik sahaja transponder dipadamkan dan lampu dimalapkan, pesawat MH370 terbang di udara tanpa boleh dikesan. Ia boleh mengikuti pesawat lain secara dekat, atau berada di bawah mereka tanpa sesiapa mengetahui.

"Pesawat lain boleh diketahui kedudukannya melalui perbualan radio," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider.

Pencarian MH370 atas talian

Penyumbang di laman sosial Reddit bernama "Sweeperguy" dan juruterbang Keith Ledgerwood mencadangkan teori pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang mengikut secara rapat pesawat SQ68 ke Barcelona sepanjang keseluruhan masa tujuh jam mereka berada di udara.

Secara kebetulan, pesawat SQ68 merupakan Boeing 777-300 ER, lebih panjang sebanyak 33 kaki daripada pesawat Malaysia Airlines dan terbang berhampiran MH370 semasa ia hilang daripada radar tentera Malaysia pada 2.15 pagi pada 8 Mac, 2014.

Teori ini berlegar-legar di prune.org atau Professional Pilots Rumour Network dan di akaun Tumblr Ledgerwoord selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kawasan baru misi mencari dan menyelamat pesawat yang mempunyai 239 penumpang termasuk anak kapal.

"Saya fikir ia hanya rapat di belakang. Pada awal pagi dan tanpa maklumat perisikan/amaran, jika pengendali radar perasan dua pulangan radar utama di kawasan sama, tetapi mendapat tindak balas mod 3A/C dari salah satu pesawat, ia mungkin tidak akan menarik perhatian," Sweeperguy menulis di Reddit pada Sabtu.

Mode 3/A digunakan untuk mengenal pasti setiap pesawat dalam kawasan liputan radar. Mod C digunakan untuk meminta/melaporkan ketinggian pesawat, menurut Wikipedia.

Penggendongan pada SQ68

Menurut laman sesawang Singapore Airlines, pesawat SQ68 dijadualkan meninggalkan lapangan terbang Changi pada 1.05 pagi ke Barcelona, 25 minit selepas MH370 terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, satu arah yang berlainan.

“Jika MH370 berpatah balik selepas komunikasi terputus pada 0130 dan terbang melalui Malaysia dan tempat yang dibincangkan sebelum ini, ia akan berada di 200NM NW di Pulau Pinang pada 0215.

“Kedudukan ini hanya 30NM di belakang SQ68 yang juga merupakan 777 pada 2.15 pagi,” tulis Sweeperguy di Reddit, menggunakan waktu Malaysia.

Sweeperguy berkata, jika MH370 mengikuti SQ68 sepanjang sepanjang utara-barat India, yang beliau spekulasikan, pesawat hilang itu akan berhampiran pesawat SIA di Pakistan, lima jam daripada kedudukan terakhir diketahui pada 2.15 pagi.

“Jadi, dengan mengikuti SQ68 dengan kelajuan dan altitud sama, sukar bagi operator radar India untuk mengesan atau mempersoalkan dua radar utama, selagi dia merasakan ia dijangkakan daripada SQ68", katanya.

Dalam tulisan di akaun Tumblr, Ledgerwood membuat kesimpulan sama penerbangan MH370 terbang ke semua titik laluan pelayaran dinyatakan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga ia berhampiran dengan SQ68 lebih kurang jam 2.15 pagi.

Beliau berkata, semasa memeriksa rekod penerbangan SQ68, jelas bahawa MH370 berada secara langsung di belakang pesawat SIA pada kira-kira 18:00 UTC dan selepas 15 minit mengikuti SIA68.

MH370 tidak dapat dikesan tanpa transponder

“Saya percaya MH370 berkemungkinan terbang di belakang SIA68 melalui kawasan udara India dan Afghanistan.

“Oleh kerana MH370 terbang secara bergelap tanpa transponder/output ADS-B, SIA68 mungkin tidak perasan MH370 berada berhampiran dan apabila melalui kawasan udara India, ia hanya akan memberi satu isyarat di radar, dengan hanya maklumat transponder SIA68 kepada ATC dan skrin radar tentera,” tulis Ledgerwood dalam satu tulisan yang sudah tersebar luas.

Beliau berkata penerbangan SIA itu tidak akan mengesan pesawat hilang MH370 kerana "Boeing 777 menggunakan sistem TCAS untuk mengelakkan lalu lintas; sistem ini biasanya akan memberi amaran dan visual kepada juruterbang jika pesawat lain terlalu dekat".

Tetapi sistem itu hanya beroperasi apabila menerima maklumat transponder daripada pesawat lain dan memaparkannya kepada juruterbang itu, katanya, sambil menambah "Jika MH370 terbang tanpa transponder, SIA68 tidak akan dapat melihatnya".

"Selain itu, sistem TCAS di atas kapal MH370 akan membolehkan juruterbang mengesan dan mendekati SIA68 di Selat Melaka seperti kelihatan ianya dilakukan.

"Sistem ini akan menunjukkan mereka arah penerbangan, perjalanan dan ketinggian dalam perjalanan yang akan membolehkan mereka untuk memintas di belakang Boeing 777 lain tepat pada waktunya," kata Ledgerwood.

Beliau berkata, walaupun MH370 tidak mengikut SQ68 ke Sepanyol, ia akan bebas daripada bayangan pesawat jet SIA yang lebih besar dan "kemudian diterbangkan ke laluan untuk ke tapak pendaratan akhir" seperti wilayah China Xingjian, Kyrgyzstan, atau Turkmenistan.

"Setiap lokasi akhir ini akan menepati dengan sempurna dengan jumlah 7.5 jam masa penerbangan dan mengikuti SIA68.

"Selain itu, semua lokasi ini memungkinkan dan berada di ‘ARC’ serta sesuai dengan data yang disediakan oleh Inmarsat dari ping terakhir diketahui SATCOM pada 01:11 UTC," kata Ledgerwood.

Tiada tanda MH370

Tetapi negara Asia Tengah seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan berkata semalam tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara mereka pada 8 Mac, tidak memungkinkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang berpatah balik melalui laluan utara Thailand, menurut laporan Reuters.

Bagaimanapun, terdapat sembilan pesawat Malaysia menuju dan dari Eropah melalui kawasan udara Kazakhstan pada 8 Mac, kata pegawai.

Pegawai penerbangan Pakistan dan India termasuk militan Taliban di Afghanistan memberitahu Reuters mereka tidak tahu apa-apa mengenai pesawat hilang itu dan keberadaannya selepas misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan mereka semalam.

Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat perisikan.





Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam selepas ia hilang.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Tuesday 18 March 2014

PM sahkan pesawat sebagai MH370, tersasar dari laluan penerbangan asal

type='html'>


SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.
Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.


Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. - BERNAMA

sumber

View the original article here

Polis siasat jurutera yang ada kaitan dengan MH370

type='html'>


  • MH370

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat para jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lepas.

"Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga ini, nasib penumpang dan anak kapal belum diketahui berikutan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh beberapa negara masih belum menemui pesawat tersebut.

Mengenai operasi SAR, Hishammuddin berkata, pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 buah negara di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, negara-negera berkenaan ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

"Pegawai Malaysia sedang berbincang dengan semua rakan kongsi cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor tersebut," katanya.

Hishammuddin berkata, perbincangan tersebut termasuk meminta negara-negara berkenaan terus menyediakan bantuan carian pesawat itu seperti data satelit dan analisis, keupayaan carian di darat, data radar serta aset maritim dan udara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerbangan MH370 menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing dan kemudian terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut.

Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor - utara atau selatan.

Berhubung tindakan polis memeriksa rumah juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan pembantu juruterbang  Fariq Abdul Hamid, 27, di Shah Alam semalam, Hishammuddin berkata, penyiasat sedang memeriksa simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya.

"Kami memohon orang awam supaya jangan membuat kesimpulan berhubung siasatan polis ini," katanya. - Bernama

sumber

View the original article here

Tragedi MH370. Baca Kenyataan Ini Dulu Sebelum Anda Berfikir Untuk Menyalahkan PKR Atau Pilot Kapal "

type='html'>




BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan. 

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. Lagi perkembangan lanjut menyusul.

Tulisan Zulimran Nasution Abdullah Omar

Media kawalan UMNO BN telahpun memberi amaran jangan politikkan isu kehilangan MH370. Tetapi pada pengamatan aku blogger UMNO dan juga penyokong-penyokong UMNO sendiri sudah menyalahkan PKR. 


Kita masih tidak mengetahui apakah nasib yang menimpa crew dan juga penumpang MH370. Blogger UMNO juga telah mengaitkan kehilangan sehari sebelum penerbangan Kapten Zaharie ke Beijing apabila isteri dan anaknya telah meninggalkan rumahnya. Cubalah jangan timbulkan spekulasi, boleh saja dia balik kampung bersama anaknya kerana Kapten Zaharie hendak berlepas pada sebelah paginya ke Beijing. 

Papagomo juga tidak kurang hebatnya apabila secara terang-terang mengaitkan insiden ini dengan PKR. Tak puas lagi kalah saman 800 ribu kerana fitnah masih nak buat lagi kerja fitnah, dunia-dunia akhir zaman. 

sumber

View the original article here

Monday 17 March 2014

600,000 Orang Lihat Imej Satelit Cari MH370

type='html'>
LONGMONT, Colorado – Sekitar 600,000 orang telah mengimbas imej-imej satelit DigitalGlobe Inc. untuk mencari petunjuk tentang sebuah pesawat syarikat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
Pendedahan itu dibuat firma DigitalGlobe Inc dari Amerika Syarikat (S) itu kepada agensi berita AP kelmarin.
Pengguna laman web firma DigitalGlobe itu boleh menandakan imej yang mereka temui seperti bangkai kapal atau pesawat, bot keselamatan, tumpahan minyak dan bukti-bukti lain.
Laman web satelit itu melancarkan kempen bagi meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama membantu dalam operasi mencari pesawat MH370 itu.
Firma berkenaan merancang untuk mengemas kini imej-imej di laman web pencarian berkenaan, www.tomnod.com, pada setiap hari.
Pengarah Kanan Data DigitalGlobe, Shay Har-Noy berkata, sambutan yang kami terima agak menakjubkan.
“Sistem pelayan kami bekerja keras untuk memproses semua maklumat yang diterima,” ujar Har-Noy.
“Selain orang awam, agensi-agensi kerajaan AS turut memiliki akses untuk melihat imej-imej di laman web DigitalGlobe,” tambahnya.
Pesawat tersebut meninggalkan Kuala Lumpur pada Sabtu lepas bersama 227 penumpang dan 12 kru.
Har-Noy memberitahu, DigitalGlobe mula menerima e-mel daripada ramai individu yang berminat menyertai pencarian itu tidak lama selepas pesawat tersebut hilang pada Sabtu lalu.
Beliau berkata, firma tersebut membekalkan imej satelit untuk lima hingga 10 operasi mencari dan menyelamat di seluruh dunia sejak 18 bulan lalu.
DigitalGlobe yang berpangkalan di negeri Colorado, AS memiliki lima satelit pengimejan di orbit. – AP

View the original article here

Ekslusif #MH370: Misteri Telefon Bimbit Terungkai!

type='html'>KUALA LUMPUR – Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat.


Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri.
“Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.
Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi , lapor utusan
Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.
Sumber : Awani

View the original article here

Mari Bantu Mencari MH370 dengan mengunakan Digital Globe Satelit Kini Boleh Diakses Umum - #MH370

type='html'>
#MH370 - Beberapa hari yang lalu kami menulis tentang mengapa Google Eath tidak boleh digunakan bagi usaha mencari MH370. Ini adalah kerana imej yang digunapakai sekarang diambil lebih 3 tahun yang lalu. Digital Globe, pengusaha pengimejan angkasa  hari ini memberikan akses imej terkini kawasan laut seluas 300 batu bersegi. Kawasan yang merangkumi Teluk Siam dan sebahagian Laut Cina Selatan ini adalah kawasan yang dipercayai mempunyai keberangkatan tertinggi jatuhnya MH370.  Anda boleh mengakses peta terkini ini melalui laman TomNod milik mereka. Digital Globe mengambil gambar beresolusi tinggi ini menggunakan 2 satelit milik mereka beberapa hari yang lalu yang juga kemudiannya diberikan kepada pasukan cari dan menyelamat dari pelbagai negara.

Gambar yang diambil ini baru sahaja diberikan akses kepada umum hari ini.  Anda kemudian boleh meletakkan petanda lokasi puing ataupun objek yang mungkin adalah MH370 yang kemudiannya boleh dilihat pengguna lain. Setakat ini Digital Globe melaporkan beribu-ribu sukarelawan sudah menemui lebih kurang 60 000 objek yang mungkin boleh membantu proses pencarian pesawat malang milik Penerbangan Malaysia ini.
Sekiranya anda mahu membantu dan mempunyai masa terluang apa kata anda melawat laman sesawang Tmod sekarang. Ini adalah lebih baik dari mencipta teori makhluk halus, konspirasi False Flag, mencari bukti dari lirik lagu Pitt Bull ataupun meneropong bumbu buluh seperti Raja Bomoh. Ayuh kita bersama-sama mencari pesawat MH370 sekarang!
Sila Ke sini untuk membantu MH370 melalui carian satelit: tomnod.com
Tomnod

View the original article here

Sunday 16 March 2014

Polis geledah rumah juruterbang MH370

type='html'>Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lalu, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.



Anggota polis dilaporkan tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, pada petang tersebut, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Najib pada sidang akhbarnya itu berkata siasatan kini difokuskan kepada penumpang dan anak kapal.


Sumber: facebook

View the original article here

Saturday 15 March 2014

Dato' Seri Najib sahkan Pesawat MH370 terus terbang, komunikasi dimatikan!

type='html'>

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak melalui sidang media tergempar di Hotel Sama-Sama sebentar tadi mendedahkan beberapa perkara penting mengenai kehilangan pesawat MH370.

Menurut Dato' Seri Najib, pasukan penyiasat mengesahkan pesawat MH370 terus terbang ketika signal terakhir diterima dari menara kawalan. Pesawat itu juga disahkan melakukan Air Turn Back ketika di lokasi terakhir tersebut.

Apa yang mengejutkan, Alat komunikasi, ACARS Pesawat MH370 telah ditutup sebelum melintasi pantai timur, semenanjung Malaysia. Komunikasi terakhir antara MH370 dengan satelit pada pukul 8.11 pagi, 8 Mac 2014. Walaubagaimanapun Lokasi terakhir tidak dapat diketahui.

Pencarian tertumpu kepada dua koridor:
  1. KORIDOR UTARA: Utara Thailand ke Sempadan Kazakhstan
  2. KORIDOR SELATAN: Sempadan Indonesia ke Selatan Lautan Hindi
Tambah Dato' Seri Najib Lagi, Pihak Berkuasa belum mengesahkan sebarang rampasan Pesawat MH370 seperti yang dilaporkan media (Associated Press (AP)). Menurut Dato' Seri Najib, Pasukan penyiasat masih menyiasat seluruh kemungkinan yang berlaku mengenai punca pesawat MH370 menukar arah.

Operasi Mencari dan Menyelamat di Laut China Selatan kini ditamatkan. -TengokTVonline

View the original article here

Pesawat MH370 sah dirampas - Laporan AP

type='html'>

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, menurut laporan berita.

Menurut laporan Associated Press(Klik Sini) hari ini, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan bukan lagi hanya teori : "Ia adalah muktamad ," membaca laporan itu.

Pegawai yang terlibat dalam penyiasatan itu dilaporkan berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman penerbangan telah merampas pesawat yang hilang.


Walau bagaimanapun, motif rampasan itu belum dapat dipastikan. Ia masih tidak jelas ke mana pesawat itu telah dibawa.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar yang dijadual pada 1.30 petang ini. (Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akan menghadiri Sidang Akhbar tersebut)

View the original article here

Berhati-hati: Pengikut ajaran sesat cuba kaitkan kehilangan misteri MH370!

type='html'>

Berhati-hati dengan perkongsian artikel agama dan kaitannya dengan kehilangan pesawat MH370

Baru-baru ini, kami menerima link perkongsian daripada pengguna facebook mengenai satu artikel yang boleh dikaitkan dengan kehilangan misteri pesawat MH370.

Artikel yang bertajuk "Nahas Misteri Helikopter di Bario : 2004 – Tuhan Menunjukkan Kekuasaan KerajaanNya" sebenarnya mempunyai isi tersirat yang tidak diketahui oleh ramai pengguna media sosial yang mula berkongsi artikel tersebut.

Paparan artikel di blog Heliconia

Jika anda perhatikan isi artikel itu, penulisnya mendakwa kehilangan misteri Helikopter di Bario pada tahun 2004 itu adalah angkara jin yang marahkan pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak. Hasil bantuan team yang dinamakan SkyLab, akhirnya Helikopter Hornbills Skyways yang terhempas dapat dijumpai.

Tragedi Helikopter terhempas di Bario (2004)

Namun setelah kami selidiki, artikel yang diterbitkan pada tahun 2006 itu sebenarnya berkaitan dengan ajaran sesat Al-Arqam. Kami menemui nama yang tidak asing suatu masa dahulu di dalam artikel tersebut:

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya.

Melalui perenggan di atas telah menyebut nama penaung Skylab bernama Ustaz Ashaari Muhammad. Untuk pengetahuan, Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (Lahir pada 30 Oktober 1937, meninggal pada 13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam (Wikipedia). Ajaran Al-Arqam diwartakan sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.


Malah, pada url artikel tersebut turut menunjukkan perkataan "abuya-bantu-misteri-kehilangan-helikopter-di-bario/" seperti gambar dibawah:


Blog heliconia.blogspot.com itu juga telah menerbitkan banyak artikel yang memuji kebesaran Ashaari seperti satu artikel dibawah.


Pasti ramai yang terkejut akan pendedahan ini kerana artikel yang ditulis amat tersusun dan seolah-olah logik akal dapat mencernakan dengan gambar dan bukti yang ditunjukkan.

Semoga pendedahan ini dapat mengelakkan para pengguna media sosial terpengaruh dengan artikel-artikel memuja Abuya di dalam blog itu yang ditakuti kelak memesongkan akidah diri dan rakan-rakan yang lain. -Tengok TV Online


View the original article here

Khadijah dengar suara ketika sedekah bacaan Al-Quran untuk #MH370

type='html'>Khadijah Md. Dewi dalam satu komennya di status Facebook Ustaz Ahmad Dusuki telah mengejutkan ramai pengguna media sosial. Beliau berkongsi pengalamannya mendengar suara orang ramai yang menyebut nama Allah dan mengerang kesakitan ketika beliau membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Printscreen seperti dibawah:


Dalam status itu juga, Nar Biel Belikov dalam komennya turut memberitahu pengalaman isterinya yang bermimpi akan terhempasnya sebuah kapal terbang. 

Selain mendapat "likes" yang banyak daripada pengguna Facebook, komen itu turut mendapat respon negatif kerana dianggap kelak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa. 

Mungkin ada benarnya teguran yang dibuat memandangkan perakuan seperti itu sememangnya tidak memberi apa-apa bantuan kepada misi mencari dan menyelamat. 

View the original article here