Pages

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Saturday 5 April 2014

Akhirnya Rahsia Perbualan Pilot Dalam Kokpit MH370 Didedahkan

Jika sebelum ini Datuk Seri Hishammudin hanya akan mendedahkan MH370 transkrip penuh antara juruterbangMH370 dengan pengawat trafik udara kepada umum andaikata mendapat kebenaran daripada pakar-pakar yang terlibat.

Dan hari ini….

Akhirnya Transkrip penuh MH370 melibatkan komunikasi antara pilot MH370 dengan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah didedahkan kepada umum !



Berdasarkan semakan kami, dapat disimpulkan:
  1. Tiada sebenarnya komunikasi yang luar biasa dan mencurigakan dikesan pada transkrip penuh Mh370 tersebut
  2. “Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong” adalah perbualan terakhir dalam transkrip
  3. Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Dan berikut merupakan transkrip tersebut untuk pembacaan semua..






sumber

Friday 4 April 2014

MH370: Penyiasat Jepun Bongkar Penglibatan ISRAEL dan George Soros


Kembar MH370 - Penyiasat Jepun Bongkar Penglibatan Israel dan Soros | Ia bukan semata-mata satu kebetulan, apabila rahsia mengenai peranan Mossad dalam rampasan MH370 sudah mula meletup, apabila kedutaan dan konsulat Israel tiba-tiba ditutup disebabkan oleh kononnya "satu mogok oleh kakitangan diplomatik".

Alibi ini diwujudkan bertujuan untuk menghalang agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh Asia dan dunia Barat untuk menyoal ejen perisikan Israel dan tenteranya mengenai keberadaan dan nasib beratus-ratus penumpang MH370.


Kor diplomatik negara Yahudi itu seperti menyembunyikan kepalanya ke dalam cangkerang kura-kura, mungkin kerana terkena hentakan kuat daripada seorang wartawan penyiasatan, Christopher Bolly, yang sebelum ini telah mendedahkan tentang penglibatan tangan Israel di belakang serangan 11 September.

Berdasarkan laporan saksi dari rangkaian pemerhati kapal terbang di Eropah dan Israel, Bollyn juga tekah melaporkan bahawa wujud model pengeluaran yang serupa dengan Malaysia Airlines Boeing 777 sekarang tersimpan di dalam bengkel lapangan terbang Tel Aviv.

Syarikat Boeing yang berpangkalan di Seattle sentiasa memasang pesawat secara berpasangan sebagai satu amalan standardnya, tetapi persoalannya ialah bagaimana sebuah jet telah disewabeli oleh syarikat Penerbangan Malaysia manakala sebuah lagi yang hampir sama diserahkan secara rahsia kepada kerajaan Israel tanpa sebarang pesanan-belian daripada syarikat penerbangan El Al yang dikendalikan oleh negara tersebut.

Bollyn telah membongkar fakta bahawa kedua-dua jet itu telah dihantar ke sebuah syarikat pihak ketiga, yang pengurus atasannya mempunyai hubungan akrab yang cukup lama dengan George Soros.

Dari garis masa peristiwa, ia adalah jelas bahawa pemindahan pesawat dan rampasan pesawat berikutnya adalah sebahagian daripada satu strategi yang lebih besar, bertujuan untuk :

Pertama, satu serangan dengan bendera palsu (false-flag) yang dirancang melibatkan pembunuhan beberapa orang rakyat Amerika (di atas pesawat) dan yang akan dipersalahkan nanti ialah kedua-dua rakyat Iran yang turut berada di dalam pesawat MH370 tersebut, bagi meminta Rumah Putih meluluskan ketetapan supaya serangan udara terhadap kemudahan nuklear dan pertahan udara Iran dapat dilakukan

Kedua, kecurian terang-terangan terhadap teknologi utama yang berkaitan dengan mikrocip Kinesis Freehold Semiconductor, pengawalmikro paling kecil di dunia, untuk digunakan dalam sistem persenjataan yang akan memastikan tentera Israel sentiasa unggul selama beberapa dekad akan datang.

Umpan dan Pementik

Mengapa Israel perlu melakukan serangan bendera-palsu dengan merampas pesawat-kembar Malaysia, sedangkan satu pesawat sudah memadai untuk muslihat ini? Pesawat yang masih baik di Tel Aviv akan dipasang semula dengan pemasangan secara rahsia, avionik terkini (elektronik penerbangan, peluru DU dan bahan letupan bersuhu tinggi), namun bukti rekaan yang berasal dari Malaysia amat diperlukan bagi menyempurnakan muslihat ini.

Oleh itu, tag logam dan bahagian-bahagian lain yang dikenalpasti perlu dikeluarkan daripada MH370, bersama-sama pembalut tempat duduknya, pakaian seragam anak kapalnya dan mayat kedua-dua rakyat Iran, yang dibekukan di rumah mayat. Penipuan ini akan menjadi lengkap apabila jenama pesawat Malaysia digantikan dengan pelekat El Al.

Rencana kulit majalah TIME dan New York Times akan terbang semudah pesawat jet yang ditawan, menerbitkan tajuk seperti "Perampas Iran menawan kru pesawat dan menerbangkan jet ke lapangan tentera di Iran. Kemudian Pengawal Revolusi memuatkan pesawat dengan tong-tong minyak untuk satu misi bunuh diri terhadap orang awam yang tidak bersalah dan ahli Kongres kita di Washington DC.

Kita meratapi kehilangan Capitol dan Rumah Putih dengan api yang marak menyala yang memusnahkan separuh daripada ibukota yang kita cintai ini, tetapi kita akan menghadapi masa depan dengan penuh keberanian dan akan memberi keadilan terhadap yang negara pengganas tersebut.

Paksi Jahat itu akan berkongsi nasib bersama rakannya . Sekarang, daripada Superdome, mari kita dengar dendangan Lady Gaga menyanyikan Star-Spangled Banner."

Itulah diantara kata-kata semangat yang mampu memukau purata rakyat Amerika untuk keluar daripada sikap anti-perang mereka. Ya, propaganda direka bagi santapan si tolol.

Boeing Melangkah: Kita Tahu Mengapa Kita Di sini

Moto Boeing begitu secocok dengan MH370. Tiada pengeluar pesawat lain (jika dibandngkan dengan McDonnel Douglas sebagai contoh atau Hughes yang telah lama menghilang) lebih dekat dengan perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat. Lebih daripada sekadar sebuah syarikat perniagaan, Boeing sebenarnya adalah sebuah entiti dengan rangkaian kemudahan yang luas di sekitar Seattle dan di setiap lapangan terbang utama di seluruh dunia.

Yang kurang diketahui ialah adalah hubungannya dengan syarikat penerbangan tak ternama yang beroperasi di pulau-pulau terpencil, di mana menjadi rutin bagi mencari anggota badan manusia yang terpotong terapung di dalam Puget Sound. Syarikat itu melayan semua kehendak pelanggan-pelanggannyya, keinginan dan fantasi paling liar, seperti yang dinyatakan dalam ungkapannya yang terdahulu: Sempadan Baru Selamanya (Forever New Frontiers)

Salah satu rekaan barunya adalah pemanduan tanpa juruterbang (remote piloting) untuk pesawat awam, ia berdasarkan kepada teknologi peperangan "drone", yang dibangunkan Boeing dari prototaip yang direka di Israel. Pasangan kembar 777 Malaysia dan Israel adalah dari edisi baru, dan oleh itu ia mampu terbang tanpa wayar.

Boeing menyerahkan jet berkembar ini kepada orang tengah pada bulan Oktober 2013 , yang kemudian menyerahkan salah satunya kepada Malaysia Airlines pada bulan November.

Masa tersebut berkebetulan sama dengan pelantikan Joanne Magruire, seorang eksekutif veteran Bahagian Angkasa Lockheed Martin, menjadi ahli lembaga pengarah Freescale Semikonductors, yang kakitangannya di Kuala Lumpur terlibat di dalam merekabentuk mikrocip Kinesis KL02, berada di pesawat kapal MH370 . Pelan ini berjalan lancar.

Di tulis oleh Yoichi Shimatsu,bekas editor kumpulan Japan Times di Tokyo, seorang penulis sains berpangkalan di Hong Kong. Sumber: Greenboc

 sumber

Thursday 3 April 2014

Hollywood mahu filemkan tragedi MH370

J.C Spink
PASUKAN produksi filem di Hollywood bakal menerbitkan filem versi insiden MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penerbit Eksekutif filem thriller 'Red Eye', J.C Spink mengesahkan bahawa projek filem itu sudah mula dibangunkan oleh rakan-rakan sepasukannya.

"Kami sudah mula merancang filem ini, buat masa sekarang sudah ada 50 orang sedang menguruskan 50 buah projek yang berlainan bagi menghasilkan filem yang seakan sama dengan MH370.

"Ada sesuatu yang terjadi dalam penerbangan MH370, yang kita semua tidak tahu, misteri kehilangannya merupakan satu idea yang bagus untuk filem ini," katanya.

Walau bagaimanapun, menurut laporan The Star, penerbit filem dan salah seorang pengasas KRU Studio, Yusry Abdul Halim tidak akan memfilemkan tragedi MH370.

Menurut pengarah filem Vikingdom itu, tragedi yang menimpa MH370 merupakan insiden yang terlalu sensitif kepada keluarga penumpang pesawat terbabit.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya faham ia satu isu yang amat sensitif, tapi bagi studio di Hollywood mereka bebas untuk mengfilemkan kisah ini kerana ia tidak menyentuh sensitiviti mereka," ujarnya.

Friday 28 March 2014

#MH370: 2 GAMBAR SATELIT TERKINI THAILAND TEMUI 300 OBJEK TERAPUNG DI LAUTAN HINDI

BANGKOK: Imej satelit Thailand menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika misi mencari pesawat MH370, kata pegawai hari ini. 

Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth.

"Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs.




Katanya, maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia. 

Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses. 

Katanya, objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini. - AFP

View the original article here

TAHUKAH ANDA, BAGAIMANA INMARSAT MENENTUKAN LOKASI SEBENAR #MH370?



KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MH370 menghantar Ping atau bahasa mudahnya, komunikasi elektronik (Handshake) kepada satelit adalah pada jam 8.11 pagi. Menandakan pesawat itu masih berada di ruang udara, namun tiada maklumat data mengenai lokasi dan kelajuan kapal terbang tersebut.



Selepas dua minggu tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai, Inmarsat yang memiliki satelit 3F-1 bekerjasama dengan pakar lain berjaya mengecilkan kawasan carian kepada koridor selatan.


Satelit 3-F1 milik syarikat Inmarsat adalah merupakan satelit tertua yang berkhidmat untuk bagi industri penerbangan. Ia mengelilingi bumi sekali setiap hari dan bergerak ke atas ke bawah ekuator


Sebelum Inmarsat berjaya menentukan lokasi sebenar MH370 berakhir, ia perlu mengambil kira lokasi satelit semasa ia berpusing mengelilingi planet bumi.


Inmarsat bergantung kepada tiga cara jangkaan kelajuan pesawat, lokasi satelit dan kesan ‘doppler’ bagi mengesan Ping


Dengan menggunakan satelit 3-F1, Inmarsat mengesan Ping pesawat untuk mengesan kedudukan yang mungkin dilalui oleh pesawat MH370.


Namun, kaedah itu tidak berjaya. Inmarsat mengambil alternatif menggunakan kesan doppler.


Kesan doppler dapat difahami dengan mengambil contoh bunyi siren ambulans. Bunyi siren bertukar lebih kuat apabila ambulans semakin menghampiri anda. Ini dinamakan kesan Doppler, iaitu penggunaan frekuensi gelombang bunyi.


Menggunakan kekerapan signal Ping ke satelit bersama dengan analisis kelajuan pesawat, maka laluan MH370 dapat dijejaki dengan lebih tepat.


Persoalannya, berapa jauh lagi MH370 terbang selepas Ping terakhirnya pada pukul 8.11 pagi?


Di antara jam 8.11 dan 9.11 pagi, penyiasat percaya MH370 terhempas ke dalam Lautan Hindi dengan anggapan MH370 terbang secara relatifnya pada kelajuan dan haluan yang sama.


Walaupun pencarian MH370 kekal di Selatan Lautan Hindi, namun ia tetap meliputi kawasan yang terlalu luas serta mengambil masa dan tenaga yang ramai. - ASTRO AWANI

View the original article here

Wednesday 26 March 2014

Masalah mekanikal mungkin punca misteri MH370, kata juruterbang

Ketika penyiasat berusaha menyelesaikan mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, seorang juruterbang memberitahu Spiegel Online pesawat Malaysia Airlines itu terhempas kerana masalah mekanikal.

Juruterbang A330, Kapten Bill Palmer, yang menulis “Memahami Air France 447” memberitahu majalah Jerman kerosakan adalah kemungkinan besar menjadi sebab pesawat yang membawa 239 penumpang hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing.

“Tiada bukti keganasan langsung.



“Semua maklumat yang didedahkan secara umum setakat ini konsisten dengan masalah mekanikal,” Palmer dipetik sebagai berkata dalam satu temubual dengan majalah itu, hari ini.





Beliau menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri terbesar sejak penerbang Amerika, Amelia Earhart hilang pada 1937 di Lautan Pasifik.

Teori rampasan dilakukan kru hingga kepada kargo berbahaya dan masalah mekanikal ditimbulkan sejak Boeing 777-200ER itu hilang 17 hari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi berkata, data satelit menunjukkan pesawat itu terbang ke selatan Lautan Hindi sebelum penerbangannya berakhir.

Serpihan ditemui dalam kawasan kira-kira 2,000 km barat badar Perth, Australia tetapi cuaca buruk menangguhkan kerja mendapatkan objek itu.

Spiegel bertanya kepada Delta Airlines yang berpengalaman jika dua juruterbang Malaysia Airlines, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Pegawai Pertama Fariq Abd Hamid – adalah wira atau orang yang menggagalkan penerbangan Boeing 777 itu.

“Saya percaya mereka mengalami kerosakan besar dan cuba mengatasinya. Dan mereka tidak berjaya melakukannya,” kata Palmer.

Sumber




View the original article here

MH370: Majlis Fatwa Tentukan Solat Jenazah Ghaib

type='html'>KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang Selasa untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.

Najib menarik perhatian, selain solat jenazah ghaib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan berkaitan penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.



"Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

Tegasnya, ketika ini bukanlah waktu untuk mana-mana pihak mempolitikkan isu kehilangan pesawat tersebut sebaliknya mengambil peluang menunjukkan solidariti dengan keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.





"Saya ingin merayu kepada rakan-rakan kita sama ada dengan parti kerajaan atau pembangkang...dalam krisis seperti ini, kita mesti menunjukkan rasa simpati kepada semua pihak yang menjadi mangsa kepada tragedi yang amat menyayat hati.

"Kita mesti tunjuk kematangan dan rasa cinta, lebih-lebih lagi perasaan sensitiviti kepada keluarga yang berada dalam keadaan begitu sedih dan pilu sekali," katanya.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Gambar Pencarian MH370 Lautan Hindi Mengamuk Dengan Kehadiran Kapal Perang Tercanggih Di Dunia

type='html'>Cabaran semakin hampir dan sukar apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas dan seolah olah mengamuk dengan kehadiran kapal pencarian dan kapal perang terbaik didunia.





Dengan ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ungkapan dari Kapten Nik Huslan :

Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira.

“Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam.

“Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari,” katanya dipetik dalam wawancara  bersama Astro Awani.

Kapten Nik Berkata keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang  walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi  pencarian menggunakan mata kasar.

Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka.

Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan.

Jelas beliau, lebih meragukan apabila transkrip itu berdasarkan versi bahasa Mandarin daripada terjemahan bahasa  bahasa Inggeris dengan salinan asal tidak dedahkan.

“Kita tidak bertutur secara beramah mesra dalam komunikasi penerbangan kerana banyak kapal terbang nak guna radio, dan akan ‘jammed’ dan tidak ada peluang orang lain.

“Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa juru terbang, tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang diguna pakai sedangkan tidak,” katanya.

Ujar beliau, radio ada ungkapan dan terma tertentu dan mereka  perlu menjalani ujian.

Beliau juga berkata, tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat.

Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph.

Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan.

Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, “All right good night”.







Ini mungkin sesuatu yang sukar untuk kita menerima kehilangan MH370 hanya berakhir di lautan hindi, namun sebagai orang yang beriman tetap menyakini Qada’ dan Qadar yang telah diatur dan disusun oleh Allah, maka keyakinan kita semakin teguh dalam ketaatan kerana sesuatu itu semuanya dalam genggaman kekuasaanNya, moga Allah merahmati kalian yg gugur di samudera lautan itu sebagai hamba Allah yang soleh wahai penumpang dan anak kapal mukmin.. kesedihan dengan apa yang terjadi kepada 239 anak kapal MH370.


Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Pilot Air Asia maki insiden #MH370, mencarut di laman sosial

type='html'>Ketika negara sedang sedih kerana tragedi pesawat MAS MH370 kehilangan di lautan Hindi dan kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu. Turut di bantu oleh banyak rakan negara dengan aset aset mereka.





Rupanya ada seorang juruterbang Airasia bernama Krish Jejendira yang masih pertikaikan kesahihan pesawat itu telah terhempas atau meletup di Lautan Hindi. Jurutebang jni juga mengatakan bahawa kerajaan adamaklumat yang tidak diberitahu kepada umum atau cuba menyembunyikan perkara sebenarnya.

Elok Tony Fernandes memberi amaran juruterbang di syarikat AirAsia untuk menjaga mulutnya yang kemungkinan mabuk pada ketika membuat kenyataan tersebut.






Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Saturday 22 March 2014

Inikah 6 Sebab utama mengapa Kapten Nik Ahmad begitu yakin objek berukuran 24 meter serpihan MH370 ?

type='html'>

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain memberikan enam sebab utama mengapa dia menyatakan keyakinan terhadap objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.

Dalam temubual beliau dengan pemberita TV3 semalam, Kapten Nik Ahmad sempat memberikan ungkapan "Inilah dia" yang menunjukkan keyakinannya terhadap penemuan petunjuk baru itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan apa yang dikatakannya hanya pendapat peribadi semata-mata.

  1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
  2. Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
  3. Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
  4. Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. 
  5. Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan". 
  6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
Sumber: plbgaimacam

View the original article here

Friday 21 March 2014

Chris Goodfellow : Kapten Zaharie adalah wira yang bertarung selamatkan MH370

type='html'>

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."


Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."


Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. - Cheakak

Sumber: plbgaimacam


View the original article here

Gempar!!! Benarkah Imej Pesawat MH370 Tersadai Dilaut Dikesan Pelajar Universiti Taiwan?

type='html'>

Gambar sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.

Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.

Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.

Sumber Asal: infodalamtalian


View the original article here

MH370: Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan di Lautan Hindi

type='html'>

Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba di lokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat MH370.

Berita ketibaan mereka itu diberitahukan oleh Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Menurut John, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, pakar penerbangan, Bill Waddock mengarahkan sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan."

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - Utusan

View the original article here

TERKINI: Akhirnya 2 Objek Berkaitan #MH370 Ditemui Dedah PM Australia

type='html'>

Kisahnya begini.

1. Mula2 pakar imej satelit lakukan pencarian menerusi satelit dan akhirnya berhasil menemukan imej yang diyakini ada kaitan dengan MH370.

2.Maklumat awal tersebut tidak didedahkan kepada public.

3. Kemudian maklumat itu diserahkan kepada Maritim Australia yang bertanggungjawab mencari di sekitar Selatan Lautan Hindi.

4. Kemudian mereka sekarang sedang mencari dua objek yang diyakini ada kaitan dengan pesawat MH370.

5. Perkara ini diumumkan oleh PM Australia di satu sidang khas mengenai MH370 di parlimen negara itu.

Harap2 selepas objek tersebut ditemui ia didedahkan kepada pengetahuan umum. Dan harap2 berita kali ini adalah benar la. Bukan lagi berdasarkan andaian dan spekulasi semata2. Rakyat sudah boring. Bukan hanya di Malaysia bahkan 1 dunia. 

Baca ;

Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

Menurut laporan AFP, pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan. Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti." katanya di Parlimen negara itu.

 The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia dijangka mengadakan sebuah sidang media pada pukul 12.30 petang waktu Malaysia.


Sumber Asal: sozcyili


View the original article here

Thursday 20 March 2014

BOMOH LAGI!!! Suami Isteri Ini Mendakwa Tahu Kedudukan Pesawat MH370

type='html'>

Pasangan suami isteri di Bogor , Jawa Barat , Fajar Sahari ( 57 ) dan Winarti ( 51 ) , mendakwa mendapat petunjuk lokasi pesawat Malaysia Airlines laluan Kuala Lumpur - Beijing yang hilang sejak 8 Mac . Mereka mendakwa tahu koordinat pasti pesawat tersebut .

" Pada mulanya kita dapat petunjuk ketika solat zuhur . Awalnya isteri saya yang dapat petunjuk , katanya dia merasa lihat sesosok orang yang berpakaian seperti layaknya seorang pilot , " kata Fajar di kediamannya , Jalan Bentara , RT 01 / 4 No 93 Kampung Tarikolot , Kelurahan Ciluar , Kecamatan Bogor Utara , Kota Bogor , Senin ( 17/3/14 ) .

Fajar menambah , Winarti yang boleh berkomunikasi dengan makhluk halus itu seperti kerasukan . Tingkah laku Winarti tidak seperti biasanya apabila menerima petunjuk tersebut . " Saya kalau bercakap sama isteri biasanya pakai bahasa Jawa , tapi waktu itu biasa saja pakai bahasa Indonesia , " tambah Fajar .

Sambil diarahkan oleh isterinya yang melakukan penerawangan , Fajar cuba mencari tahu titik koordinat dengan menggunakan teknologi Google Earth . Setelah cukup lama , akhirnya mereka mencari titik koordinat pesawat dengan nombor penerbangan MH370 itu , yakni pada 7 - 47'47 .90 " -105.13 '39 .59 " yang berada di dekat laut lepas Vietnam .

Tak hanya lokasi pesawat , Fajar mendakwa isterinya juga mengetahui keadaan pesawat dan para penumpangnya . Menurut dia , pesawat yang membawa 239 orang itu masih utuh di bawah laut berarus deras . " Keadaan penumpang masih dalam keadaan duduk di bangku penumpang , " tutur dia .

Sementara , Winarti berkata penggunaan itu tak hanya dia terima saat salat zuhur saja . Dia mengaku juga mendapat petunjuk saat salat subuh . " Apabila sembahyang subuh , saya dengar suara takbir dan teriakan . Setelah sembahyang subuh itu saya lantas mengaji , ketika mengaji saya tiba - tiba nangis dan ngerasa kasihan mendengar jeritan itu , " ujar Winarti .

Tuntutan ini sudah disampaikan kepada pihak berkuasa . " Kami meminta agar pihak berkuasa boleh terus memeriksa ke titik ordinat tersebut agar pesawat boleh didapati , " kata Fajar .

Pesawat MH370 hilang pada Sabtu 8 Mac yang lalu . Pencarian memang sempat dipusatkan di Laut China Selatan yang berdekatan dengan Vietnam . Namun belakangan sebuah data dari radar tentera Malaysia menunjukkan pesawat tersebut membelok ke arah barat dan berputar ke arah barat laut menuju Selat Malaka . Hingga kini , kewujudannya masih misteri .sumber


View the original article here

MH370 - Hanya tinggal 18 hari untuk cari kotak hitam sebelum bateri habis - ABC News

type='html'>Sehingga kini pesawat Malaysia Airlines MH370 tiada sebarang petunjuk kukuh di mana berada.

ABC News melaporkan pasukan pencari hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya kerana mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari.

Laporan itu menyebut, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Menurut ABC News lagi, lebih mudah pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari kotak hitam itu sebelum ia kehabisan bateri.



Jika pesawat terhempas ke kawasan perairan, satu beacon pencari air akan menghantar satu nadi ultrasonik yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh sonar dan peralatan mencari akustik.





Terdapat satu sensor tenggelam di sebelah beacon, dan apabila sensor itu menyentuh air, beacon akan diaktifkan.

Beacon kemudian menghantar denyutan pada 37.5 kilohertz (kHz) dan boleh menghantar bunyi sedalam 4,267 meter.

Setelah beacon memberikan isyarat "ping," isyarat ping akan dikeluarkan sekali sesaat selama 30 hari.

Dalam keadaan jarang berlaku kemalangan teruk, beacon boleh terputus isyarat jika berlanggaran berimpak tinggi, kata laporan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat mesti berada kira-kira 25km di kawasan beacon untuk mencari kotak hitam itu.

Keadaan bumi dalam laut seperti parit dalam juga boleh menjejaskan pengesanan isyarat beacon itu, tambah laporan tersebut dipetik The Malaysian Insider.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Wednesday 19 March 2014

(UPDATE) 2 Gambar satelit pesawat berjaya ditemui pakar IT bukan MH370

type='html'>NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.


Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Anoop Madhav Yeggina

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Lihat disini Gambar keseluruhan Peta Lokasi 

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluannya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi.-Bernama


UPDATE:

Imej pesawat yang ditemui Pakar IT India bukan merujuk kepada pesawat MH370 yang hilang. Syarikat yang memiliki servis peta satelit itu mengesahkan data yang digunakan adalah berdasarkan data yang lama iaitu pada 2012.


Ketua Saintis Mapbox Bruno Sánchez-Andrade Nuno melalui Twitter turut mengesahkan perkara itu. Walaubagaimanapun, gambar itu memang seakan pesawat jumbo MH370.

*Terima kasih buat Anoop atas usaha beliau mengesan pesawat MH370.


View the original article here

MH370 – 5 Landasan dalam simulator Kapten Zaharie

type='html'>Perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu ditemui pasukan penyiasat.



Walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie, kata sumber kepada Berita Harian.





“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter,” lapor BH.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Gambar Banglo Kediaman Zaharie Ahmad Shah Kapten MH370

type='html'>Gambar banglo rumah kediaman Zaharie Ahmad Shah kapten pesawat MH370. Untuk info, Kapten Zaharie dan keluarga memiliki sebuah rumah di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Berikut adalah beberapa keping foto sekitar kawasan kediaman mewah Kapten MH370.



Lokasi Kediaman Kapten MH370

Rumah Kapten Zaharie terletak di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Kediaman ini juga merupakan tempat kediaman elit khusus untuk orang dalam golongan berada. Harga sebuah rumah banglo di Laman Seri ini dianggarkan mencecah RM1 Juta sehingga RM3 Juta. Antara lokasi strategik kediaman ini adalah berdekatan dengan Laman Seri Bussiness Park, Kolej PTPL Shah Alam, Stadium Shah Alam dan Giant Hypermarket Shah Alam.









Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Biodata Nadira Ramli Kekasih Pembantu Juruterbang MH370

type='html'>Biodata Nadira Binti Ramli kekasih pembantu juruterbang MH370. Nama Nadira Ramli kini menjadi tumpuan menerusi laman sosial apabila Nadira disahkan sebagai kekasih kepada Co Pilot MH370, Fariq Abdul Hamid yang hilang sejak 8 Mac 2014. Lebih menyayat hati apabila pasangan ini sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Pihak Airasia selaku majikan turut memberikan cuti selama sebulan kepada Nadira sebagai tempoh menenangkan fikiran.



Biodata Kekasih Co Pilot MH370

Nama Penuh: Nadira Binti Ramli

Umur: 26 Tahun

Agama: Islam

Pekerjaan: Juruterbang

Profil Twitter: https://twitter.com/NadiraRamli

Profil Instagram: http://instagram.com/nadiraramli

Syarikat Bekerja: Airasia

Pendidikan: Sekolah Penerbangan Langkawi

Nama Kekasih: Fariq Abdul Hamid

Pekerjaan Kekasih: Co Pilot MH370

Nama Bapa: Kapten Ramli Ibrahim

Pekerjaan Bapa: Juruterbang MAS

Nama Ibu: Nancy Jipanis

Asal Ibu: Penampang Sabah











Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here