Pages

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Saturday 30 August 2014

2 Gambar: Lelaki Keluar Air Mani Selepas Tergesel 'anu'nya Pada Peha Wanita

=
Kisah pelik tapi benar ini terjadi di China dimana seorang lelaki keluar air mani selepas tergesel 'burungnya' pada peha wanita. Hmmm... macam-macam! teruskan membaca...



View the original article here

Thursday 28 August 2014

Lelaki Ini Berpura-Pura Mati Untuk Membatalkan Perkahwinannya



Tucker Blandford bertemu dengan kekasihnya, Alex Lanchester pada tahun 2012. Menjalani hubungan yang serius, kedua-duanya kemudian merancang melangkah ke pelaminan. Kerana itu, kedua-duanya melakukan segala persiapan rencana pernikahan mulai dari masa, lokasi, jemputan, hiasan dan fesyen.

Namun beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan yang dijadualkan Ogos ini, Blandford melakukan hal di luar dugaan.





Lelaki berusia 23 tahun ini berpura-pura menjadi ayahnya sendiri dan menelfon kekasihnya untuk menyampaikan dirinya telah bunuh diri dengan tujuan membatalkan perkahwinan mereka.

Lanchester pun mengulang kembali kata-kata yang diucapkan Blandford saat itu melalui sambungan telfon, "Alex, ini ayah Tucker. Memang tidak mudah mengatakan ini, maaf harus menyampaikannya tapi Tucker sudah meninggal. Selama ini dia mengalami kemurungan dan membunuh dirinya dengan menabrakkan diri ke sebuah kereta. "

"Lelaki tersebut menjelaskan, mereka sudah menghantar Tucker ke unit psikiatrik untuk mendapatkan bantuan. Namun semua sudah terlambat. Saya tidak boleh bernafas. Ini perkara yang sangat mengejutkan," lanjut Lanchester.

Selepas menelfon ibu bapa Blandford dan memastikan kabar ini, ia mendapatkan fakta bahawa kekasihnya ternyata masih hidup dan sihat. "Dia meruntuhkan kepercayaan saya dan saya tidak yakin dapat menjalani sebuah hubungan lagi nanti," ungkap wanita 23 tahun ini.

Perkahwinan mereka semula dirancang dilangsungkan di lokasi kampus Connecticut University tempat mereka pertama kali bertemu. Undangan bahkan telah ditempah begitupun gaun pengantin



Telah melakukan hal ini, Blandford pun menyampaikan, "Saya orang yang sangat jahat. Saya tahu seharusnya tidak mengatakan kepadanya bahawa saya sudah mati, tapi saya tidak tahu harus berbuat apa lagi. Alex adalah seorang gadis yang luar biasa tapi saya menghadapi ketakutan dan ingin keluar dari hubungan itu. "

Huffington Post dan mirror

View the original article here

Lelaki Tertinggi Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 44 tahun



LONDON – Lelaki yang dipercayai paling tinggi di dunia meninggal dunia semalam pada usia 44 tahun.
Leonid Stadnyk, yang dikatakan terlalu ‘pemalu’ sehingga enggan diukur untuk membolehkannya direkodkan dalam buku rekod dunia Guinness dipercayai 21 inci lebih tinggi daripada bekas pemain bola sepak England Peter Crouch.

Petani yang berasal dari perkampungan Podoliansty, Ukraine, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pendarahan otak akibat masalah kesihatan berlanjutan.

Stadnyk pernah dilaporkan berkata: “Pada saya, ketinggian luar biasa ini satu sumpahan, hukuman daripada Tuhan. Ia bukannya sesuatu yang patut dibanggakan.


“Saya tidak tahu apa dosa dilakukan sehingga dihukum sebegini. Sepanjang hidup ini saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya tidak mahu terkenal disebabkan ketinggian luar biasa ini dan tidak ingin direkodkan dalam buku rekod Guinness,” katanya.

Malah, dia juga tidak pernah berkahwin kerana bimbang membawa kesusahan kepada pasangannya.
Stadnyk mula menunjukkan ketinggian luar biasa pada usia 12 tahun apabila ketumbuhan tidak berbahaya dalam otaknya mengakibatkan badannya mengeluarkan hormon pembesaran berlebihan.

Pada satu masa, keadaan dihidapinya itu yang dikenali sebagai ‘giganticism’ menyebabkan dia membesar hampir satu kaki setiap tiga tahun.

Dia juga memakai kasut bersaiz 27 (mengikut ukuran United Kingdom) disebabkan kakinya berukuran hampir 18 inci manakala tapak tangannya mempunyai ukur lilit lebih sekaki.

Jurucakap Guinness berkata, pihaknya memutuskan untuk menyenaraikan warga China Xi Shin sebagai lelaki tertinggi dunia pada ketinggian hampir 7 kaki 9 inci disebabkan keengganan Stadnyk memberikan kerjasama.- Agensi

View the original article here

Wednesday 27 August 2014

'Ulama' Mesir Halalkan Lelaki Intai Perempuan



KAHERAH: Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.

Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.

“Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci,” katanya.

‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.

Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.

Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut.

“Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.

Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram.

Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.

“Islam mengajar supaya umatnya bersopan.

“Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya. - mStar

View the original article here

Wednesday 30 July 2014

Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17

Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17 - Setiap kali ditanya tentang ketua pramugari Azrina Yakob, anak kecil beliau Aqil Rais Mohd Rafliz akan menjawab ibunya keluar bekerja dan pesawatnya meletup.

“Bila orang tanya dia selalu kata begitu. Tapi saya rasa dia tak faham apa dia cakap. Kemudian dia akan terus bermain dan kadangkala mengusik adiknya, Arissa Raisya, 3, tentang ibu mereka.”

Azrina, 41, merupakan salah seorang daripada dua ketua pramugari dalam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi.

Zulkifli yang berkahwin dengan kakak Azrina berkata, Aqil Rais, 6, tak merasai kehilangan ibunya kerana mempunyai sepupu untuk bermain.



“Dia budak kecil. Walaupun ayahnya menjelaskan perkara sebenar, dia tidak banyak memberikan respons.

“Dia sudah biasa ditinggalkan apabila ibunya keluar bekerja. Mungkin dia akan mula terasa apabila semua orang tiada di rumah.”


Menurut Zulkifli, beliau hanya mengetahu pesawat dinaiki adik iparnya ditembak jatuh selepas dimaklumkan suami Azrina.

“Dua kali dia cuba menghubungi isteri saya tetapi kami waktu itu sudah tertidur. Kali ketiga dia berjaya menghubungi kami.”

Katanya, beliau sekeluarga seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

“Bagaimana mereka boleh tembak jatuh pesawat komersial? Ini tindakan tidak bertamadun. Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.”



Walaupun keluarganya mahu dalang di sebalik kejadian dihukum, baginya perkara paling penting sekarang memastikan tapak nahas dijadikan kawasan selamat untuk pasukan penyelamat menjalankan kerja mereka dan mayat dapat diambil.

“Dunia perlu memberi tekanan kepada Ukraine supaya memastikan pasukan kita selamat masuk dalam kawasan itu.”

Katanya, semua ahli keluarga termasuk suami, adik beradik dan ibu bapa Azrina redha dengan pemergian Azrina.

Namun mereka mempunyai satu hajat agar mayatnya dibawa pulang supaya dapat dikebumikan mengikut cara Islam.

“Satu hari bila anak-anak sudah besar mereka boleh ziarah kubur arwah. Itu hajat kami. (Tetapi) Kalau tak boleh disebabkan isu keselamatan, maka kami redha.”

Katanya, sejak insiden itu kediaman Azrina di Sungai Pelek, dekat Sepang, tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

“Sahabat dan saudara datang memberikan sokongan moral. Azrina amat disenangi, seorang yang ceria dan komited dengan tugasnya. Beliau suka terbang.”

Bagaimanapun, suami Azrina dan anaknya ketika itu tidak kelihatan.

“Dia tidak mahu ditemuramah atau ditanya soalan. Fikirannya serabut. Dia putuskan untuk terima tawaran MAS tinggal di hotel di Putrajaya. Ibu bapa dan dua anak Azrina turut dibawa bersama.”





View the original article here

Tuesday 22 July 2014

Dehel! Lelaki Ini Tandatangan Pukimak Atas Surat Saman




Lelaki Ini Tandatangan Pukimak Atas Surat Saman - Menerusi Blog ini sebentar tadi, sekeping gambar tersebar luas dilaman sosial Facebook iaitu satu surat saman polis terhadap pesalah jalan raya.



Apa yang mengejutkan Cantikje ialah tandatangan pada surat saman tersebut sangat kurang ajar seolah-olah lelaki tersebut tidak dapat menerima kesalahan yang dibuatnya.



Difahamkan kejadian berlaku begini, 




Cantikje: sudahlah langgar lampu merah dan membahayakan pemandu lain, lepastu tulis tandatangan yang melampau.. sangat tidak menghormati pegawai polis. Sumber: cantikje.blogspot.com



View the original article here

Saturday 19 July 2014

Pelajar Diugut, Dan Dirogol Teman Lelaki






gambar hiasan


MIRI – Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lalu, menurut polis.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.

Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama.


Katanya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan polis sedang memburu suspek.
Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.

Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol, lapor Bernama.sumber

View the original article here

Lelaki Tersangkut, Tertusuk Besi Pagar Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah

Beijing: Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.

Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.


FotoWU ketika di hospital.

Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.

Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu.

Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi
View the original article here

Tuesday 15 July 2014

[Gila] Lelaki Ini Cipta Patung Untuk Puaskan Nafsu Sendiri

Malodrax adalah nama samaran bagi pemuda yang berasal dari Canada ini.

Dia merupakan salah seorang ahli komuniti ‘misc’ yang sering menghabiskan masanya berbahas mengenai agama dan politik.

Dia akan mencatatkan pelbagai pertanyaan dan mesej panjang sehingga ada kalanya tulisannya itu akan menjadi pelik, seram, lucu dan tidak masuk akal.

Beribu-ribu orang akan beri pendapat mengenai tulisannya termasuk ahli moderator yang sukar untuk faham sama ada Malodrax sengaja mahu mencari perhatian atau dia sebenarnya sakit mental!

Antara perkara yang diutarakannya adalah mengenai dia sering membuang air di dalam botol kosong kerana terlalu malas untuk bangun.

Dia akan bawa botol kosong kemana saja dia pergi termasuk ke sekolah atau tempat kerja.

Yang paling HARU – Malodrax pernah menceritakan mengenai anak patung yang dibuat untuk memuaskan nafsu seksnya sendiri!

Lihat saja gambar di bawah, begitulah PELIKNYA pemuda bernama Malodrax ini
Penulis rasa dia ni memang ada masalah mental kot.

Kebanyakan tulisannya telah dibuang oleh pemilik forum, namun dia kembali menulisnya semula.

Walaupun begitu, sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat mengatakan yang Moladrax telah mengancam atau menakutkan mana-mana pihak.

Dia seperti berada di dunianya yang tersendiri.

Macam-macam…






View the original article here

Monday 14 July 2014

Lelaki Giat Kumpul ‘Koleksi’ Isteri Dari Serata Dunia Termasuk Malaysia

Warga Britain dikesan sudah kahwini 12 wanita seluruh dunia

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Britain yang pernah berjihad di Bosnia sebelum ini, kini dikesan giat mengumpul ‘koleksi’ isteri dari serata dunia termasuk rakyat Malaysia.

Robert Andrew Scott atau nama Islamnya, Jamalaluddin Mustafa, 43, berasal dari Leeds, United Kingdom, dikesan sehingga kini sudah mengahwini 12 wanita termasuk lima rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, dua daripada isteri rakyat Malaysia itu dilaporkan sudah dicerai oleh Andrew sebelum mengahwini beberapa wanita lain termasuk warga Bosnia, Indonesia, Perancis, Maghribi, Jerman dan British.

Sumber: BHarian

View the original article here

Friday 4 July 2014

Lelaki Dengan Kekuatan lengan Yang Luar Biasa



Denis Cyplenkov adalah lelaki gagah dan juara gusti lengan berasal dari Ukraine yang dikenali tidak hanya kerana mempunyai kekuatan yang luar biasa, tetapi juga saiz lengan dan telapak tangan yang luar biasa besar. Ketika melihatnya, anda pasti teringat akan watak fiksyen dalam filem Hulk.

Denis Cyplenkov (31 tahun) lahir di Krivoy Rog, Ukraine, di mana ia telah mengikuti pelbagai kelab sukan sejak  kecil dan remaja. Dia dilatih kettlebell lifting selama beberapa tahun dan mempunyai hasil yang bagus dalam beberapa aktiviti kompetitif, sebelum menjadi salah satu ahli gusti lengan terbaik di dunia.

Beliau telah memenangi Nemiroff World Cup pada tahun 2010 dan 2011, dan memegang beberapa gelaran Russian Arm Wrestling Champion. Pada laman web peribadi, Cyplenkov juga mendakwa ia memegang rekod bisep terbesar di Rusia dan orang terkuat di Rusia.

Dengan tinggi 186 cm dan 140 kg , Denis Cyplenkov mempunyai fizikal yang cukup mengkagumkan. Tetapi aset yang paling luar biasa dari tubuhnya adalah tangan raksasa berukuran abnormal.

Bila dibandingkan dengan kebanyakan lelaki, saiz jari kelingkingnya saja dua kali lebih besar berbanding ibu jari mana-mana lelaki, belum lagi jari yang lain. Pergelangan tangannya juga tak kalah besar dengan saiz 24 cm, yang menjelaskan mengapa kerjaya gusti lenganya boleh berjaya.

Jari Cyplenkov tidak hanya berukuran raksasa tetapi juga sangat kuat. Dengan menggunakan jari-jarinya, Cyplenkov mampu memecahkan buah keras hanya dengan cara menyelipkannya di antara dua jari, seolah-olah buah keras selembut buah anggur.

Dengan hanya melihat foto, kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa tubuh Cyplenkov adalah hasil editan photosop. Tapi semua otot dan saiz tangannya yang raksasa adalah asli, ratusan video yang beredar di laman2 web cukup menjadi bukti.








View the original article here

Wednesday 2 July 2014

Lelaki Ubahsuai Wajah Untuk Keliihatan Seperti Setan

Gavin Paslow, dari Kent, England, juga dikenali sebagai Diablo Delenfer menghabiskan £ 10.000 ($ 16,700) pada pengubahsuaian badan untuk kelihatan seperti syaitan.

Pengubahsuaian badan beliau bukan saja di lakukan pada lidah bercabang, taringnya cukur tajam, tanduk dan logam Mohawk. Dia juga telah mentatu bola mata beliau!





















View the original article here

Taksub Dengan Ubahsuai Tubuh Badan Lelaki Ini Buat Lubang Pada Pipinya

Model Alternatif, Joel Miggler, 23, boleh menjulurkan lidah bercabangnya melalui pipinya dari lubang tindik gergasinya.

Lelaki yang berusia 23 tahun, dari Küssaberg, Jerman, mula membuat ujikaji dengan pengubahsuaian badan pada usia 13 tahun.

Sejak itu dia telah memperoleh sejumlah besar daripada 27 tindikan yang berbeza, serta enam tatu, implan.

Obses dengan pengubahsuaian badan pertama bermula selepas regangan paras bahu dan kini telah membelanjakan lebih £ 4000 mengubah tubuhnya.

Seperti tindikan beliau semakin hari menjadi lebih dan lebih melampau, Joel akhirnya mempunyai dua lubang 36 milimeter besar yang ditebuk di bahagian pipi tetapi merancang untuk membesarkan kepada 40 millimeter.

Walaupun kelihatan melampau, Joel menegaskan bahawa terowong itu tidak memberi kesan kepada kehidupan seharian .

Ibu Joel sangat menyokong keputusannya untuk mengubah badannya tetapi dia mengakui bahawa dia tidak terlalu gemar terowong pipinya.









View the original article here

Tuesday 1 July 2014

3 Gambar Lelaki Ditembak Mati Depan Khalayak Ramai

Hukuman terhadap para penjenayah di negara-negara Timur Tengah memang terkenal keras. Namun, hukuman terhadap pesalah di Yaman ini benaar-benar mengerikan dan membuat sesiapa merasa takut.

Seorang lelaki tukang gunting rambut yang tidak diketahui identitinya ini dijatuhi hukuman mati setelah membunuh dan mencacatkan budak lelaki berusia 11 tahun yang memasuki kedai potong rambutnya. Ia berkeras bahawa si budak tersebut hendak mencuri.











 Tertuduh diperkenankan menjalankan solat untuk terakhir kalinya
                  
Lelaki  malang ini dijatuhi hukuman mati dengan dieksekusi menggunakan senapan mesin otomatis AK-47 sebanyak 4 tembakan di belakang kepalanya di hadapan orang banyak di tengah bandar ibukota, Sanaa pada pertengahan September 2013.






Polis Yang  melaksanakan si terdakwa dengan serangan senapang AK-47 di hadapan banyak orang (gambar selepas ditapis disini)

Benar-benar merupakan sebuah eksekusi mati yang kejam, namun dirasa boleh membuat para penjahat berpikir seribu kali untuk berbuat jahat.(Daily Mail, Mirror)


sumber:

Friday 27 June 2014

Video Lelaki Mabuk Bergayut Di Talian Elektrik Bervoltan Tinggi

Seorang lelaki dari China amat bernasib baik kerana terselamat daripada maut setelah memanjat dan bergayut di talian kebal bervoltan tinggi.

Orang ramai berkumpul di jalan di Linfen, utara China, melihat seorang lelaki yang  memanjat puncak tiang sebelum bergayut di antara talian kabel elektrik.

Pada masa yang sama beliau benasib baik kerana pegawai-pegawai telah berjaya mematikan kuasa elektrik bagi mengelakkan lelaki berkenaan dari terkena renjatan berkuasa tinggi.

Selepas berpaut pada untuk kira-kira 15 minit lelaki itu akhirnya mula jatuh pada ketinggian kira-kira 30 kaki ke tanah tetapi telah diselamatkan oleh alat keselamatan yang telah dipasang di atas tanah.

Beliau kemudian memberitahu wartawan bahawa dia terlalu mabuk dan keadaan dalam mood yang tidak baik.



View the original article here

Tuesday 24 June 2014

[Video] Ini Buktinya, Mudah Sekali Mengajak Wanita Saat Lelaki Membawa Kereta Mewah



Sebuah eksperimen sosial dilakukan untuk melihat apa yang terjadi ketika seorang lelaki membawa kenderaan mewah bersamanya. Apakah wanita mau pergi bersamanya atau menolak kerana dia orang asing?.

Seorang lelaki membawa kereta mewah jenis lamborghini dan berhenti di pinggir jalan untuk menarik perhatian para wanita. Ia mengajak mereka memandu kenderaan elit itu hanya dengan menggunakan isyarat bahasa tubuh. Ada pelbagai reaksi dari wanita-wanita tersebut.

Ada yang memang bertanya-tanya dan merasa janggal kerana tak kenal dengan lelaki itu, tapi akhirnya ia tetap naik kenderaan tersebut. Ada yang malah minta selfie dan ada juga yang menolak untuk ikut. Namun sebahagian besar dari mereka takluk untuk ikut ajakan lelaki tersebut.
.

Penampilan memang bukan segalanya dalam pemikiran bijaksana. Ironisnya, masih banyak keadaan yang berbanding terbalik di dunia nyata.


 Elite Daily

View the original article here

Wednesday 28 May 2014

TERANGSANG MELIHAT JANDA 23 TAHUN SEDANG TIDUR, LELAKI SANGGUP R0G0L SEPUPU SENDIRI



Gambar hiasan

Labuan: Terangsang melihat seorang janda muda berusia 23 tahun sedang tidur, seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita berkenaan apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Saguking Laut, Ahad lalu, suspek yang juga sepupu mangsa berusia 30 tahun turut bertindak mengugut mangsa apabila perbuatannya terbongkar.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang tidur seorang diri di dalam bilik dan terjaga apabila menyedari suspek memasuki biliknya.

“Suspek kemudian menolak mangsa di atas katil lalu menutup mulut mangsa sebelum mencabulnya.

“Suspek yang turut membawa pisau mengugut akan menikam mangsa jika menjerit.

“Namun, perbuatan suspek disedari bapa mangsa yang curiga dengan bunyi bising lalu masuk ke dalam bilik anaknya,” katanya.

Friday 23 May 2014

WTF : Lelaki Kantoi Melakukan Sesuatu Yang Kurang Elok Di Tempat Awam (2 Gambar)

Lelaki Kantoi Melakukan Sesuatu Yang Kurang Elok Di Tempat Awam.
Perlukan tangan itu buat sebegitu?
ANNUITY SETTLEMENTS
ANNUITY SETTLEMENTS
 
ANNUITY SETTLEMENTS